top of page

Pengenalan

Pusat Pengajian Al-Quran Al-Syaafi ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan ia menyediakan kelas pengajian Al-Quran bersanad khusus pada orang-orang dewasa juga kanak-kanak yang tidak mahir dalam membaca Al-Quran dengan betul.  Kini ia mempunyai hampir 300 orang pelajar dan kebanyakannya adalah dalam lingkungan seawal 6 tahun ke atas. 

 

 

Pengajian  Al-Quran & Bahasa Arab

Para pelajar diberi pendedahan dari asas pengenalan Iqra yang mana mengadaptasi atau mengubah suai kaedah lama (al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran dalam waktu yang singkat dan cepat hinggalah kepada pembelajaran Al-Quran. Mereka juga didedahkan dengan pengenalan huruf, sifat dan Makraj, hukum-hukum bacaan, pengawalan nafas, penjagaan suara seterusnya cara-cara pembelajaran Al-Quran yang betul serta bacaan secara Tarannum. Selain itu, kami turut menganjurkan kelas Smart Solat bagi memberi pendedahan tentang pengenalan solat, rukun solat, bacaan solat yang betul secara murattal, praktikal solat dan banyak lagi.

Biodata Tenaga Pengajar

 

 

Tenaga pengajar ialah Ustaz Ahmad Saufi Idris Al-Haj. Beliau mendapat pendidikan awal di  Sekolah Agama Pondok Sungai Bakap. Pulau Pinang (tahun 1988 – 1991). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam dalam bidang komputer (tahun 1993 – 1995), Universiti Malaya dalam bidang Syariah (tahun 1996 – 1998), dan Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Multimedia Technology (tahun 2000 – 2004). Berpengalaman menjadi Mudir di Pusat Pengajian Al-Syaafi dari tahun 2000 hingga sekarang. Beliau turut muncul sebagai Johan Tilawah Kebangsaan GLC – TM tahun 1998, 2000, 2001, 2002, 2005, 2006, 2007 & 2008, juga Johan Tilawah peringkat negeri Perak pada tahun 2001. Beliau juga turut menjadi Juri bagi Tilawah Peringkat kebangsaan Penjara Malaysia, Telekom Malaysia, dan Sekolah-Sekolah & Belia Malaysia.

 

 

 

Waktu Operasi :

wWaktu Pengajian

Isnin - Jumaat

08:00 PM - 10:30 PM

Alamat

Pusat Pengajian Al-Quran/Bahasa Arab

No 9, Jalan Medan Saujana 8,

Medan Saujana Kamunting,

34600, Kamunting,

Perak Darul Ridzuan

TEL

013-5813341 / 017-4524168

FAX

05-8041813

Berikan maklumbalas anda pada kami :

Your details were sent successfully!

bottom of page